NADI MAHIR SHORT LEARNING SERIES (SLS) - KAMERA JADI DUIT: TIKTOK AFFILIATE EDITION
4 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 Jun 2026, telah diadakan Kelas NADI Mahir SLS iaitu “Kamera Jadi Duit: Tiktok Affiliate Edition” di NADI Felda Pasoh 2. Sesi SLS ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Sesi SLS ini bertujuan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk belajar di NADI. Pembelajaran adalah secara atas talian melalui saluran youtube NADI Mahir. Peserta akan mempelajari cara untuk menjadikan kamera telefon aset menjana pendapatan dan jana komisen melalui TikTok Affiliate. Peserta mempelajari asas pemasaran affiliate, teknik menghasilkan video yang menarik, cara memilih produk yang berpotensi tinggi untuk dipromosikan, strategi meningkatkan tontonan dan kadar penukaran jualan, serta kaedah membina jenama peribadi di TikTok. Selain itu, peserta dapat memahami bagaimana kandungan digital yang kreatif boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan atau kerjaya dalam dunia digital pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: